Selasa, Disember 15, 2009

Maal Hijrah 1431H

<
UMAT Islam menyambut Maal Hijrah setiap tahun bagi mengingati dan menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan sahabat dalam peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah. Hijrah adalah peristiwa penting dalam sejarah Islam. Dalam konteks sirah Rasulullah s.a.w, Hijrah membolehkan baginda mengatur strategi lebih berkesan bagi umat Islam menggembleng usaha dan mengukuhkan kekuatan umat Islam.

Selama tempoh 1,431 tahun kita menyambut Maal Hijrah, bukan bermaksud sekadar kita berhijrah dari Makkah ke Madinah atau dari satu tempat ke tempat lain tetapi yang penting menjiwai perjuangan dan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w menjana serta meno batkan Islam di mercu dunia demi kesejahteraan umat.

Hijrah bagi umat Islam bukan sekadar membilang detik masa atau mengadakan pertunjukan hiburan dan bunga api, apatah lagi mabuk sehingga melupakan tata susila sebagai seorang manusia.

Umat Islam perlu berhijrah daripada melakukan perbuatan yang buruk kepada mencapai sesuatu yang lebih baik dan kejayaan.

Paling penting ialah meningkatkan ketakwaan agar terus kekal sebagai Muslim yang mampu berdepan dengan apa jua cabaran yang mengganggu gugat keimanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan