Selasa, Disember 15, 2009

Bayi Baru


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Pada 13Nov 2009 yang lalu ,saya telah melahirkan baby ku yang kelima tetapi kelahiran yang keempat.Tetapi kelahiran ini tidak dapat saya lupakan kerana saya terpaksa melahirkan dengan cara pembedahan.Anak-anak yg lain semua dilahirkan secara normal termasuk anak kembar ku.Ini disebab kan  doktor menyatakan baby tu besar 3.7 kg tetapi bila dilahirkan kecil saja 3.3kg anak yang lebih besar lagi antara 3.4 hingga 3.8 kg.Saya rasa amat terkilan kerana sebelum tu saya memilih untuk bersalin secara normal tetapi doktor menyarankan agar bersalin pembedahan juga dengan alasan berbagai risiko sbb saya ada diabetis sewaktu hamil walaupun terkawal.Dan satu perkara lagi yang saya tidak berpuas hati ialah baby tu beratnya 3.3  kg diberitahu pada mulanya tetapi tiba-tiba berubah pula 3.7 kg dalam masa setengah jam kononnya salah timbangan ,sedangkan semua dokumen dan kad klinik baby dan ditulis 3.3kg.Kalau dilihat baby tu memag kecil je berbanding dengan anak saya yang lain.Saya tak faham kenapa doktor nak tegakkan juga benang yang basah..Hampir sebulan juga saya rasa trauma dengan peristiwa ini.Sekarang baby dah berumur 32 hari (15Dis) dan beratnya 4.6 kg.Kami namakannya Nur Insyirah Zahra,semoga ia menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibubapa  dan agama ...Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan